ADUN

10 pelajar cemerlang SPM DUN Labu terima hadiah dari Ismail

LABU: Seramai 10 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menerima hadiah wang tunai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad.

Ismail mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

“Saya berharap agar para pelajar dapat meneruskan momentum kejayaan di masa akan datang.

“Sekiranya terdapat pelajar SPM DUN Labu yang mendapat keputusan 5A ke atas boleh juga memohon dengan datang ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu,” kata Ismail.

Majlis penyampaian hadiah tersebut berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu.

Show More

Related Articles

Back to top button