Aktiviti

Rusli santuni masyarakat Pasir Panjang

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah bersama kepimpinan MPKK Kampung Telok telah mengadakan program ‘Walkabout’ dengan menyantuni masyarakat setempat di Tapak Pasar Tani Pasir Panjang.

“Kita turun padang ke Pasar Tani Pasir Panjang dan menyantuni peniaga dan semua pengunjung di situ.

“Selain bertanya khabar, saya juga menerima beberapa aduan dari penduduk tempatan.

“Saya akan adakan pertemuan lanjut dengan pengadu dalam masa terdekat dan membantu pengadu dengan menyelesaikan segala permasalahan,” jelas Rusli.

Rusli juga mengagihkan 100 paket ‘Facemask’ kepada lebih 100 pengunjung pasar tani tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button