Berita

Rusli sumbang 1,000kg sayur-sayuran kepada 600 keluarga yang terkesan akibat PKP 3.0

PASIR PANJANG: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah mengagihkan 1,000 kilogram sayur-sayuran kepada 600 keluarga kurang berkemampuan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di DUN Linggi.

“Saya menerima sumbangan 1,000 kilogram pelbagai jenis sayur-sayuran seperti sawi, terung, kacang panjang, timun, kangkung, bendi dan limau kasturi dari Persatuan Kebajikan Alternatif Negeri Sembilan.

“Saya mengagihkan sayur-sayuran ini secara sama rata kepada 13 MPKK di DUN Linggi.

“Sekurang-kurangnya 600 keluarga kurang berkemampuan telah mendapat sumbangan sayur-sayuran ini.

“Semoga sumbangan ini membantu mereka dalam menghadapi keperitan hidup yang disebabkan oleh PKP 3.0 akibat pandemik Covid-19,” kata Rusli.

Rusli mengucapkan terima kasih kepada kesemua 13 MPKK yang mengagihkan sumbangan ini kepada penduduk kampung setempat secara efisyen.

Show More

Related Articles

Back to top button