Aktiviti

Rusli sumbang 13 mesin rumput kepada MPKK DUN Linggi

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menyumbang 13 set mesin pemotong rumput kepada 13 MPKK di dalam DUN Linggi.

Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Ismail Ahmad diĀ  Pejabat Penyelaras DUN Linggi.

Rusli berkata, mesin rumput ini disumbangkan supaya setiap MPKK akan dapat membersihkan sedikit sebanyak kawasan kampung masing-masing dengan pantas tanpa menunggu tindakan dari pihak berkuasa terutama yang melibatkan bahu jalan kampung.

“Ini memandangkan pejabat daerah biasanya tidak mempunyai kontraktor tetap yang diberi tugas untuk menjaga kebersihan bahu jalan di kampung dan tidak seperti pihak berkuasa tempatan yang mempunyai kontraktor untuk kerja pembersihan di dalam taman dan pekan.

“Dengan adanya mesin rumput ini, MPKK akan dapat menyelesaikan aduan masyarakat kampung berkaitan rumput dan semak samun di kawasan balai raya, masjid, perkuburan dan bahu jalan,” kata Rusli.

Ismail dalam ucapannya meminta supaya setiap MPKK melipatganda usaha untuk mendekati rakyat serta menerangkan skim-skim dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan seperti TUNS, PH GEM, Bantuan Anak Sekolah, i-Suri, Bantuan Sara Hidup Mahasiswa dan lain-lain.

“Saya berharap semua ketua kampung akan turun ke kawasan masing-masing dan menjelaskan semua insentif tersebut kepada masyarakat kampung.

“Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Penyelaras DUN Linggi kerana mempunyai idea yang baik untuk menyumbangkan mesin rumput ini kepada setiap MPKK di bawah DUN Linggi dan ini akan membolehkan MPKK dapat membersihkan kawasan kampung masing-masing mengikut masa sendiri,” ujar Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button