Berita

Gunasekaren santuni pesakit paru-paru berair

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren, menyantuni Puan Padilah Mustafa, yang menghidapi penyakit paru-paru berair di Taman Sri Mawar.

Gunasekaren berkata, Puan Padilah baru sahaja keluar daripada hospital.

“Beliau kini dijaga oleh anak lelakinya Encik Muhammad Hanafi Nasir.

“Beliau akan dipindahkan ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Sumbangan kewangan telah diberikian bagi membantu memudahkan urusan perubatan beliau,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Pegawai DUN Seremban Jaya, Saudari Jothi dan Pengerusi KRT Rumah Pangsa Senawang 2 Taman Sri Mawar, Encik Ab Rashid Ahmat.

Show More

Related Articles

Back to top button