Aktiviti

Rusli sumbang 30 buah kerusi kepada masyarakat Orang Asal

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyerahkan 30 buah kerusi plastik kepada MPKK Kampung Orang Asli Bukit Kepong.

Rusli berkata, beliau menerima permohonan daripada Pengerusi MPKK Kampung Bukit Kepong, Puan Izan yang menyatakan keperluan kemudahan kerusi ini untuk kegunaan majlis keramaian dan mesyuarat MPKK di kampung ini.

“Kita sentiasa menjaga kebajikan Orang Asal, walaupun Orang Asal di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Sebarang permasalahan mengenai Orang Asal yang diadukan kepada kita akan kita selesaikan dengan sebaiknya,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button