Aktiviti

Rusli sumbang 300 kerusi kepada lima MPKK

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyumbang 300 kerusi kepada lima Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN Linggi.

Rusli berkata, kebanyakkan balai raya di dalam DUN Linggi di dapati kehilangan atau kekurangan kerusi.

“Keadaan ini amat menyulitkan MPKK berkenaan apabila mengadakan program yang melibatkan orang ramai dan terpaksa menyewa daripada kontraktor luar.

“Ini akan menambah kos penganjuran program tersebut.

“Justeru, atas kesedaran ini saya telah menyumbangkan 300 kerusi ke MPKK yang belum pernah menerima sumbangan kerusi,” kata Rusli.

MPKK yang menerima kerusi ialah Kampung Sawah Sunggala, Telok Pelandok, Pasir Panjang, Permatang Pasir dan Pengkalan Durian.

Show More

Related Articles

Back to top button