Berita

Rusli sumbang 50 kerusi kepada PPV dan Pusat Kuarantin Port Dickson

LINGGI: Penyelarss DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyumbang 50 set kerusi dan 20 pek makanan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Port Dickson di Dewan Belia dan Sukan Telok Kemang dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Covid-19 (PKRC), Politeknik Port Dickson.

“Semua sumbangan ini diserahkan kepada Pejabat Daerah Port Dickson untuk diagihkan kepada PPV dan Pusat Kuarantin Port Dickson mengikut keperluan masing-masing.

“Saya berharap sumbangan kecil ini akan membantu kelancaran operasi PPV dan Pusat Kuaratin Port Dickson,” kata Rusli.

Sementara itu, Rusli menyantuni 11 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19 di Bandar Baru Sunggala dan Kampung Sawah Sunggala.

“Saya sempat menyantuni 5 keluarga di sekitar Bandar Baru Sunggala dan dua keluarga di Kampung Sawah Sunggala yang diarahkan dikuaratin.

“Bersama MPKK Kampung Sawah Sunggala, kita bergerak dari rumah ke rumah untuk menghantar bantuan barangan dapur.

“Harapan saya semua keluarga ini akan bebas segera dari arahan kuarantin dan semoga bantuan ini meringankan beban mereka,” ujar Rusli.

Rusli merakamkan penghargaan kepada MPKK Kampung Sunggala yang aktif menjejaki keluarga yang dikuarantin, untuk dibantu di kawasan setempat.

Show More

Related Articles

Back to top button