Aktiviti

Rusli sumbang kerusi roda kepada dua pesakit kurang upaya

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada dua pesakit kurang upaya.

Rusli berkata, Shahrul Nizam Badar Shah, 38, yang tinggal di Taman Greenview, menghidapi penyakit bengkak hati.

“Beliau seorang bapa tunggal yang kini tinggal menumpang di rumah adiknya di Taman Greenview tersebut.

“Kita juga akan berusaha secepat mungkin membantu beliau memohon bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi.

“Manakala, Ibrahim Othman, 65, dari Kampung Telok Pelandok menghidapi sakit jantung dan kencing manis,

“Beliau kini kurang upaya untuk bergerak dan dijaga oleh isteri dan anak beliau,” jelas Rusli.

Rusli berharap semoga sumbangan kerusi roda ini meringankan sedikit beban mereka dan memudahkan urusan keluarga membantu mereka untuk bergerak.

Show More

Related Articles

Back to top button