Berita

Rusli sumbang makanan dan minuman kepada 25 petugas KKM

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah menghulurkan sumbangan makanan dan minuman kepada 25 petugas Klinik Kesihatan Port Dickson dan Klinik Kesihatan Linggi.

Rusli berkata, sumbangan ini diserahkan kepada Dr.Wan Kim Sui yang mengetuai operasi ujian saringan Covid-19 di Kampung Pelebar Baru dekat sini.

“Susulan peningkatan mendadak kes Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi membendung wabak Covid-19 di Kampung Pelebar.

“Seramai 25 orang petugas KKM bertugas dalam operasi ini.

“Apa yang penting rakyat sentiasa mematuhi mematuhi SOP, memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak berkumpul di tempat yang sesak,” kata Rusli.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pegawai Khas Pejabat Penyelaras DUN Linggi, Puan Anne dan Encik Arasa yang mewakili Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button