Aktiviti

Rusli sumbang peralatan kesihatan kepada pesakit kurang upaya

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyampaikan sumbangan peralatan kesihatan kepada dua pesakit kurang upaya.

Rusli berkata, Rosidah Mohamed, 53, dari Kampung Pasir Panjang mengalami sakit kurang upaya untuk bergerak.

“Saya menyampaikan sumbangan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan beliau,” katanya.

Ng Ka Sheng, 18, tinggal di Kampung Sungai Raya bersama keluarganya.

“Beliau menerima bantuan tongkat empat kaki beroda, kerana beliau tidak berdaya untuk bergerak akibat kemalangan yang menimpanya,” ujar Rusli.

Rusli berharap sumbangan ini dapat membantu pergerakan kedua-dua pesakit ini.

Setiausaha MPKK Sungai Raya, Encik Fasil mewakili Rusli menyerahkan sumbangan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button