Berita

Rusli sumbang peralatan kesihatan kepada pesakit yang memerlukan

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah meneruskan misi bantuan peralatan kesihatan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya menyerahkan alat sukatan tekanan darah kepada Encik Shamsudin Idris, 71, di Kampung Tampin Linggi.

“Beliau pesakit darah tinggi dan sering mengalami pitam.

“Encik Muzakkir Shah Baharuddin, 25, dari Kampung Tanjung Agas menghidapi sakit sendi lutut yang tercedera semasa bermain bola di Kejohanan Piala YAB Menteri Besar baru-baru ini.

“Justeru, saya telah menyumbang sebatang tongkat dan sejumlah wang tunai,” kata Rusli.

Rusli berkata, beliau turut menyumbang sebatang tongkat kepada Adik Umie Zulaikha Abdullah, 11 yang tinggal di Kampung Tanjung Agas.

Menurut ibunya, Puan Norlela Jantan mengalami kecederaan ditumit kanannya akibat terpijak benda tajam.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung pesakit-pesakit ini,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button