Berita

Rusli sumbang RM15,000 bina wakaf Tanah Perkuburan Tanjung Agas

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyumbang peruntukan berjumlah RM15,000 bagi membina wakaf di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Agas.

“Permohonan untuk membina wakaf baru dibuat oleh jawatankuasa Masjid Tanjung Agas.

“Justeru, saya mengeluarkan mengeluarkan peruntukan sebanyak RM15,000 bagi membina wakaf ini.

“Semoga dengan pembinaan wakaf ini akan memberi manfaat kepada penduduk setempat yang datang ke tanah perkuburan ini,” kata Rusli.

Rusli berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja pembinaan wakaf baru di tanah perkuburan tersebut pada Isnin.

Show More

Related Articles

Back to top button