Berita

Noorzunita rasmi ‘Broadcasting Studio’ SJKT Kuala Pilah

PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, YB Noorzunita Begum Mohd Ibrahim telah merasmikan Broadcasting Studio Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kuala Pilah.

“Sesungguhnya pihak komuniti dan masyarakat harus bersama dalam membangunkan pendidikan dan modal insan.

“Broadcasting Studio ini boleh melahirkan pelajar yang berani dan berkeyakinan tinggi dalam kemahiran berkomunikasi.

“Ianya mampu memupuk pelajar yang lebih kreatif dan kritis serta memupuk budaya kolaboratif di kalangan pelajar bersama organisasi dan masyarakat,” kata Noorzunita.

Noorzunita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Guru Besar dan guru-guru SJKT Kuala Pilah, PIBG dan individu yang telah membantu dan menyumbang dalam merealisasikan studio ini.

Show More

Related Articles

Back to top button