Aktiviti

Rusnani: 67 pelajar miskin Gemas terima Bantuan Anak Sekolah

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan DUN Gemas

GEMAS: Seramai 67 orang anak murid dari 13 buah sekolah dalam DUN Gemas menerima Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) dari Pejabat Penyelaras DUN Gemas.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring berkata, bantuan ini adalah salah satu daripada inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi memastikan tiada pelajar di negeri ini yang tidak dapat hadir ke sekolah akibat masalah kewangan.

“Murid Darjah 1 hingga Darjah 6 serta pelajar Tingkatan 1 dari keluarga yang miskin ini menerima bantuan berjumlah RM550 bagi 11 bulan persekolahan bersamaan dengan RM50 setiap bulan.

“Pemilihan penerima bantuan ini diperolehi melalui data e-Kasih.

“Saya ingin mengingatkan ibubapa agar menggunakan bantuan ini demi pendidikan anak-anak samada untuk membayar tambang bas ataupun wang perbelanjaan persekolahan mereka,” kata Rusnani.

Majlis Penyampaian Bantuan Anak Sekolah DUN Gemas Tahun 2020 telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tampin, YB Dato Dr.Hasan Bahrom di Dewan Halacara Baru, Londah.

Terlebih dahulu Penasihat Agama Kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Ustaz Jaafar Muhammad telah menyampaikan ceramah motivasi keibubapaan.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Tanah Gemas, Puan Suriani Salihan; Ketua Balai Polis Gemas,  Tuan ASP Mohd Rodzi Masaat dan Pegawai Agama Pejabat Agama Islam Gemas, Ustaz Mohd Saiful Islam Dol Hamid.

Sementara itu, dalam majlis yang sama Rusnani turut melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang DUN Gemas.

Setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda (JKKR), sekolah rendah dan menengah serta jabatan dan agensi kerajaan di DUN Gemas menerima sumbangan berupa bendera Malaysia daripada Rusnani.

 

Show More

Related Articles

Back to top button