Aktiviti

Rusnani: Gotong-royong pupuk semangat silaturrahim

GEMAS: Pejabat Penyelaras DUN Gemas telah menganjurkan program Gotong-Royong Perdana 2020 bagi membersihkan kawasan persekitaran hadapan Klinik Kesihatan Kampung Pasir Besar.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring berkata, program ini melibatkan kerjasama lapan agensi kerajaan membabitkan Pejabat Daerah Kecil Gemas, TNB, Majlis Daerah Tampin, JKR Tampin, APM Gemas, SW Corp Tampin, SWM Environment Sdn Bhd dan MPKK Kampung Pasir Besar.

“Aktiviti ini melibatkan lebih 40 orang anggota dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta penduduk setempat.

“Gotong-royong ini melibatkan kerja menebang anak pokok serta membersihkan kawasan semak berham­piran klinik.

“Kerjasama semua pihak amat penting dalam menjaga dan mengekalkan kebersihan persekitaran kampung ini kerana ini merupakan laluan masuk utama ke kawasan Kampung Pasir Besar.

“Malahan melalui aktiviti gotong-royong ini, secara tidak langsung dapat memupuk semangat jalinan silaturrahim antara satu sama lain, bahkan dapat menyihatkan tubuh badan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button