Berita

Rusnani: Ibubapa dimotivasi hadapi cabaran Pasca Covid-19

GEMAS: Penularan wabak COVID-19 yang berlarutan dan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mampu memberikan kesan kepada pelbagai pihak dalam aspek emosi, fikiran dan tingkah laku individu.

Tidak kurang juga ada ibubapa yang memberitahu bahawa mereka lebih risau memikirkan COVID-19 berbanding masalah menguruskan keluarga di rumah dan secara tidak langsung berkemungkinan boleh menyebabkan anak-anak turut terkesan dan berasa lebih gelisah.

Demikian kata Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring yang menganjur Bengkel Motivasi Kemahiran Keibubapan Era Pasca Covid -19 bertemakan ‘Membangun Keluarga Mapan Sejahtera Di Era Revolusi Industri 4.0’ di Dewan Orang Ramai Felda Jelai 3.

“Sekiranya ibu bapa dan anak berasa risau pada waktu sebegini, namun mempunyai cara yang sihat untuk menanganinya, pastinya seluruh keluarga akan menjadi lebih resilien dan mampu menghadapi situasi sekarang dan sehingga berakhirnya wabak COVID-19,” kata Rusnani.

“Hasil intipati dari bengkel keibubapaan tersebut adalah perlunya anak-anak dipersiapkan dengan kemantapan jati diri dan agama, ilmu dan keterampilan (soft skill dan hard skill) bagi membolehkan mereka mengemudi masa depan dengan jaya dan sejahtera.

“Bahkan dalam masa yang sama juga dapat mengenal pasti keterampilan utama yang diperlukan untuk anak-anak masa depan,” ujar Rusnani.

Bengkel anjuran Pejabat Penyelaras DUN Gemas dengan kerjasama MPKK Felda Jelai 3 dan Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan, turut dihadiri pengurus dan pegawai Felda Zon Jelai, Kepimpinan MPKK dan JKKR Zon Jelai, GPW Zon Jelai dan masyarakat setempat.

Ketua Eksekutif Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS), Tuan Bahrom Abu Bakar menyampaikan ceramah motivasi kepada peserta bengkel.

Turut berlangsung pendaftaran dan sesi pengambilan pelajar baharu KAYNS serta cabutan bertuah kepada peserta yang hadir.

Show More

Related Articles

Back to top button