Aktiviti

Rusnani: Isu banjir Taman Molek akan diambil tindakan

GEMAS: Mangsa banjir Taman Molek, Gemas mendapat perhatian Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring dan Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Dr.Hasan Bahrom.

Rusnani menyumbang bantuan kewangan kepada lima keluarga mangsa banjir. Hasan menyerahkan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir tersebut.

“Kami dimaklumkan bahawa kejadian seumpama ini berlaku sejak tahun 1989 lagi, dan sehingga sekarang tiada usaha dari pihak berkaitan untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kejadian banjir pada 12 Disember lepas, merupakan satu mimpi ngeri dan menimbulkan trauma di kalangan mangsa banjir kilat tersebut kerana menyebabkan kerosakan harta benda selain dokumen peribadi musnah disebabkan air naik dengan mendadak setinggi 0.3 meter.

“Hasil dari tinjauan didapati longkang tidak diselenggara hingga menyebabkannya tersumbat dan merupakan punca utama berlakunya banjir kilat ini.

“Insyah Allah, masalah ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan yang sewajarnya,” kata Rusnani.

Show More

Related Articles

Back to top button