Aktiviti

Rusnani: Kediaman uzur ibu tunggal akan dibaiki segera

GEMAS: Kediaman seorang ibu tunggal yang telah uzur di Kampung Tiong, mendapat perhatian segera Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring.

Susulan aduan daripada Pengerusi MPKK Kampung Tiong, Encik N.Gobi; Rusnani menziarahi dan melihat sendiri kediaman Cik S.Sidhai yang mengalami kebocoran bumbung yang amat teruk dan struktur kayu yang telah rosak dan dimakan anai-anai.

“Saya memandang serius perkara ini dan akan membantu membaiki rumah tersebut dalam masa yang terdekat.

“Struktur rumah ini akan runtuh pada bila-bila masa dan sudah pastinya boleh mengancam nyawa penghuni rumah ini terutamanya sejak kebelakangan musim hujan pula.

“Saya akan berhubung terus dengan Pejabat Daerah Kecil Gemas untuk proses kerja baik pulih termasuk kiraan kos dan melantik kontraktor,” kata Rusnani.

Rusnani berkata, tindakan segera yang diambil ini jelas menunjukkan bahawa dalam apa jua situasi dan keadaan, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Pejabat Penyelaras DUN Gemas amat komited dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di DUN Gemas.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button