Berita

Rusnani mahu lebih ramai usahawan belia tani dilahirkan di Gemas

Penyelaras DUN Gemas akan bantu dengan suntikan dana kewangan

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring berhasrat melihat lebih ramai golongan usahawan belia tani dilahirkan di DUN Gemas dan secara langsung memajukan sektor pertanian di daerah kecil tersebut.

Kelmarin, Rusnani berkesempatan untuk turun padang dan melihat sendiri iltizam sekumpulan anak muda dari Gugusan Felda Jelai yang begitu komited memajukan sektor pertanian dengan mengusahakan tanaman kontan seperti terung, cili, timun, sawi dan lain-lain di bekas tapak semaian getah Felda Jelai 4 dengan keluasan 14 ekar.

Ketua peserta, Saudara Mohd Nizam Ali menjelaskan tanaman kontan tersebut diusahakan dalam tiga fasa  yang membabitkan empat ekar dan akan dimajukan mengikut fasa-fasa yang ditetapkan.

“Segala perbelanjaan untuk projek pertanian ini adalah menggunakan modal sendiri yang dikutip daripada setiap ahli yang menyertai projek pertanian berkompok ini, yang melibatkan seramai 10 orang peserta,” jelas Mohd Nizam.

Rusnani memuji kesungguhan, usaha dan semangat yang ditunjukkan oleh mereka yang kesemuanya adalah merupakan anak peneroka Felda Jelai,

“Insyah Allah saya akan membantu sedaya upaya sama ada dari segi bantuan suntikan dana kewangan mahupun peralatan jentera agar projek pertanian ini akan terus berkembang hingga mencapai tahap yang boleh dibanggakan.

“Kerjasama dari agensi-agensi berkaitan dengan sektor ini amat dialu-alukan bagi menjayakan projek ini agar dapat memenuhi agenda pertanian negara,” kata Rusnani.

Turut serta dalam sesi lawatan ini ialah wakil Ahli Parlimen Tampin, Encik Ahmad Nuruddin Zainal Razak;  Pengerusi JKKR Felda Jelai 4, Encik Jumasri Rahim; Setiausaha MPPK Felda Jelai 3, Encik Nor Azman Ab Rahman dan Kepimpinan MPKK DUN Gemas

#UsahawanBELIAJelai
#ProjekPertanianBerkelompok
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close