Berita

Rusnani: Rumah uzur dimakan anai-anai akan dibaiki segera

FELDA PASIR BESAR: Kediaman seorang peneroka di Kampung Felda Pasir Besar yang uzur dimakan anai-anai akan dibaiki segera oleh Pejabat Penyelaras DUN Gemas.

Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring menziarahi rumah Encik Hashim Abdullah setelah mendapat aduan daripada Pengerusi MPKK Kampung Felda Pasir Besar, Encik Hermansyah Edizar.

“Lawatan pada hari ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat keadaan rumah beliau termasuk bumbung yang mengalami kebocoran yang amat teruk dan struktur kayu yang telah rosak dan dimakan anai-anai.

“Hashim yang telah bekeluarga, bekerja dan mencari nafkah dengan mengambil upah menoreh getah.

“Saya akan membantu membaiki rumah tersebut dalam masa terdekat,” kata Rusnani.

Rusnani berkata, beliau memandang serius tentang permasalahan ini, apatah lagi musim hujan sejak kebelakangan ini.

“Saya akan berhubung terus dengan Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas untuk proses kerja-kerja baik pulih, termasuklah kiraan kos dan melantik kontraktor.

“Tindakan segera yang diambil ini jelas menunjukkan bahawa dalam apa jua situasi dan keadaan, saya sebagai wakil kepada Kerajaan Negeri amat komited dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di DUN Gemas,” jelasnya lagi.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pengerusi MPKK Kampung Gemas Indah, Encik Mohd Rawi Majid dan Setiausaha MPKK Kampung Felda Pasir Besar, Encik Ali Nor Al Hafiz Nasir.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close
Close