Aktiviti

Rusnani santuni 120 keluarga India DUN Gemas

GEMAS: Pandemik Covid-19 tidak menghalang usaha Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring untuk menghulur sumbangan barangan makanan asas kepada masyarakat India sempena sambutan Deepavali.

“Jika tahun-tahun sebelum ini, saya menganjurkan program sumbangan Deepavali dalam skala besar termasuk jamuan, tetapi kesan pandemik Covid-19, program pada tahun ini diadakan dalam skala kecil mengikut SOP yang ditetapkan.

“Namun, masyarakat India yang kurang berkemampuan di DUN Gemas tetap mendapat perhatian saya.

“Justeru, saya telah mengagihkan bantuan barangan makanan asas secara berperingkat-peringkat kepada 120 keluarga kurang berkemampuan di DUN Gemas.

“Sebahagian penyerahan sumbangan saya aturkan di dewan orang ramai dan balai raya. Manakala golongan warga emas serta pesakit kritikal pula saya agihkan dari rumah ke rumah,” kata Rusnani.

Rusnani berkata, program sumbangan ini diadakan sejak dua tahun lepas bagi meringankan beban dan perbelanjaan penerima dalam meraikan perayaan Deepavali.

“Seperti perayaan lain yang disambut oleh setiap kaum dan agama di negeri ini, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan terutamanya di DUN Gemas sama sekali tidak melupakan masyarakat India yang menyambut perayaan Deepavali.

“Sumbangan berupa beras, gula, susu, tepung, minyak masak, telur, kordial dan bihun diberikan kepada mereka,” ujar Rusnani.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Tiong, Encik Gobi Narayanan; Pengerusi MPKK Kampung Gemas Indah, Encik Mohd Rawi Majid dan Pengerusi Rukun Tetangga Taman Jaya, Encik Hairul Anuar.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button