Aktiviti

Rusnani santuni 33 ibu tunggal dan asnaf di Pasir Besar

GEMAS: Seramai 33 orang ibu tunggal dan asnaf dari Kampung Pasir Besar telah menerima sumbangan barangan keperluan dapur dari Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring.

Sumbangan barangan keperluan dapur ini merupakan program kerjasama di antara Pejabat Penyelaras DUN Gemas dan Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isaniyah Selangor dengan MPKK Kampung Pasir Besar.

“Program yang dinamakan sebagai Kembara Misi Amal adalah merupakan pelengkap dalam takwim NGO tersebut untuk penghujung tahun 2020 yang diketuai Puan Tina Wardi yang melibatkan sukarelawan seramai 14 orang.

“Saya sangat berbesar hati dan menyambut baik setiap pertubuhan NGO yang ingin melaksanakan apa jua bentuk program dan bantuan asalkan ianya memberi manfaat kepada penduduk di DUN Gemas.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di atas penganjuran program ini.

“Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi MPKK Kampung Pasir Besar, Encik Muhammad Din Karim serta kepimpinan masyarakat DUN Gemas yang turut serta menjayakan program ini,” kata Rusnani.

Show More

Related Articles

Back to top button