Aktiviti

Rusnani sumbang peralatan sukan kepada belia dan komuniti Gemas

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada golongan belia, agensi dan komuniti di DUN Gemas.

Rusnani menyerahkan peralatan sukan seperti bola tampar, bola sepak takraw, bola futsal, jaring bola tampar dan meja ping pong kepada Felda Jelai 1, MPKK Kampung Gemas Indah dan Balai Bomba dan Penyelamat Gemas.

Rusnani menyerahkan peralatan sukan tersebut kepada Ketua Kampung Felda Jelai 1, Encik Azmi Saring; Pengerusi MPKK Kampung Gemas Indah, Encik Mohd Rawi Majid dan PBK Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Encik Arifin.

“Saya peka dengan keperluan bersukan kepada masyarakat.

“Aktiviti seperti ini harus diberikan sokongan dengan sepenuhnya agar golongan tidak terlibat dan terjebak dengan gejala sosial yang kurang sihat.

“Belia perlu aktif dan dibimbing melakukan pelbagai aktiviti kerana mereka merupakan pelapis sumber daya insan di masa akan datang,” kata Rusnani.

Show More

Related Articles

Back to top button