Berita

Rusnani: Tadika KEMAS Kampung Ulu Ladang kekal di lokasi sedia ada

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring mengadakanperjumpaan khas dengan Penyelia Kanan KEMAS Daerah Tampin, Puan Zuredah Muhamad; Pengerusi Tadika, Encik Mohd Hairul Shah Mohd Yusoff dan Ahli Jawatankuasa Aktiviti Tadika KEMAS Kampung Ulu Ladang.

Rusnani berkata, objektif perjumpaan adalah untuk membincangkan dan mencari satu ketetapan berkenaan isu pemindahan sekolah tadika ini ke sebuah lokasi baharu iaitu di bangunan milik KEMAS yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tadika sedia ada bagi sesi persekolahan tahun 2021.

“Pemindahan Tadika Kemas Kampung Ladang telah mendapat bantahan dari ibu bapa dan penjaga tadika terbabit .

“Antara sebab ibubapa tidak bersetuju untuk berpindah adalah kerana kebanyakan kanak-kanak yang belajar adalah dari kawasan Kampung Londah dan kawasan yang dicadangkan jauh dari rumah,” kata Rusnani.

Sesi perjumpaan ini telah diadakan di bangunan Tadika KEMAS Kampung Ulu Ladang.

“Selain itu, kebanyakkan yang menghantar murid ke sekolah adalah golongan ibu dengan menaiki motosikal.

“Sekolah yang dicadangkan terletak di tepi jalan utama dan faktor keselamatan anak-anak menjadi perkara yang utama yang harus dititikberat,” kata Rusnani.

Rusnani berkata, hasil perjumpaan tersebut, pihak KEMAS Daerah Tampin telah bersetuju untuk mengekalkan sesi persekolahan tadika Kemas Kampung Ladang di lokasi sedia ada.

“Harapan saya agar dengan kekalnya keberadaan tadika tersebut di lokasi berkenaan, jalinan sosial ibubapa dan pihak KEMAS akan kekal utuh untuk kecemerlangan anak-ana,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button