Berita

Saiful Bahri sumbang katil mudah alih kepada pesakit strok

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman, menyampaikan sumbangan katil mudah alih kepada Puan Kamariah Mohd Dom di Felda Pasoh 3.

“Puan Kamariah mengidapi penyakit darah tinggi dan strok yang menyebabkan beliau susah untuk bergerak.

“Semoga sumbangan katil mudah alih ini membantu keluarganya menguruskan rutin beliau.

“Terima kasih kepada Encik Zamry Md Shah@Dayo dan isterinya kerana membawa masalah pesakit ini kepada pengetahuan saya, ” ujar Saiful Bahri.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Felda Pasoh 3, Encik Rusdy.

Show More

Related Articles

Back to top button