Aktiviti

Saiful bantu mangsa banjir Felda Sungai Kelamah

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman menyumbang bantuan makanan, minuman, bantal dan tilam kepada Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Selain itu saya juga menyumbang pakaian dewasa dan kanak-kanak kepada mangsa banjir.

“Sumbangan ini diserahkan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Felda Sungai Kelamah dan Taman Pinggiran Sungai Kelamah,” kata Saiful Bahri.

Sementara itu, Abd Latif mengucapkan terima kasih kepada Saiful Bahri kerana membantu menyumbang barang keperluan berkenaan untuk mangsa banjir.

Show More

Related Articles

Back to top button