Aktiviti

Saiful: Masalah kacau ganggu kelawar selesai

SUNGAI LUI: Masalah kacau ganggu kelawar di sebuah rumah di PPRT Felda Sungai Lui berjaya diselesaikan oleh Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman.

Saiful Bahri berkata, beliau menerima aduan daripada Puan Rusiah Mansor berkenaan bumbung rumah beliau yang bocor dan menyebabkan kelawar masuk ke rumah beliau.

“Masalah ini dihadapi oleh beliau sejak sekian lama.

“Justeru, saya mengambil tindakan melantik kontraktor untuk membaiki bumbung dan memasang jaring pada lubang-lubang yang dimasuki kelawar,” katanya.

Puan Rusiah mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Saiful Bahri yang menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button