Berita
Saiful peka kemudahan infrastruktur penduduk Kampung Baru Cina Seri Air Hitam


SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah turun padang bagi melihat jambatan yang roboh di Kampung Baru Cina Seri Air Hitam.
Saiful berkata, jambatan tersebut akan dibaik pulih dalam masa terdekat.
“Saya telah usulkan perkara ini kepada Pejabat Daerah Jempol untuk dibaik pulih segera.
“Hal ini supaya, penduduk setempat dapat melakukan aktiviti harian dengan mudah,” kata Saiful.