Menarik

Dua pelajar DUN Seri Menanti terima Biasiswa Rendah Negeri Sembilan

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah menyerahkan bayaran Biasiswa Rendah Negeri (BRN) Negeri Sembilan Tahun 2020, kepada dua pelajar yang layak dari DUN Seri Menanti.

Penerima tersebut adalah Adik Nur Farrah Diana Rohaizad, pelajar Tingkatan 4 yang menerima biasiswa sebanyak
RM330 dan Adik Muhammad Aqmal Haqem Abu Bakar, pelajar Tingkatan 5 yang menerima RM360.

Kedua-duanya pelajar Sekolah Menengah Abdul Samad Tanjung Ipoh.

“Untuk makluman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 25 November 2020 telah mengambil maklum dan bersetuju pelaksanaan Biasiswa Rendah Negeri bagi tahun 2020 diuruskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada murid berdasarkan senarai yang dikemukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan dengan kadar bayaran adalah sebanyak RM30.00 sebulan.

“Sehubungan itu, Pusat Kihdmat Rakyat DUN Seri Menanti telah menyalurkan peruntukkan bagi bayaran Biasiswa Rendah Negeri bagi tahun 2020 kepada penerima yang layak,” jelas Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button