Berita

Saiful santuni 120 keluarga dikuarantin sepanjang PKP 3.0

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah menyantuni 120 keluarga yang dikuarantin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0 Fasa Pertama).

“Saya telah menyampaikan barangan keperluan dapur kepada 120 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Bantuan makanan ini diagihkan sepanjang tempoh PKP 3.0 Fasa Pertama

“Sebanyak 120 keluarga yang menerima bantuan makanan ini dari Felda Pasoh 3, Felda Pasoh 2, Kampung Dusat, Kampung Baru Ayer Hitam, Felda Lui Barat, Felda Lui Selatan 1, Felda Lui Selatan 2, Felda Lui Muda, Felda Lui Timur dan Felda Sungai Lui.

“Terima kasih kepada semua Pengerusi MPKK kerana bersungguh-sungguh membantu masyarakat yang dikuarantin akibat virus Covid-19 di kampung masing-masing,” ujar Saiful Bahri.

Show More

Related Articles

Back to top button