BeritaMenarik

Selepas tukar Kerajaan Negeri Sembilan pada 2018, dapat geran hak milik kekal

SEREMBAN: Pemilik kediaman dari Gedong Lalang Ampangan, Puan Intanwati Abu Bakar, 56, menyifatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sebagai seorang yang prihatin kepada keperluan rakyat.

“Saya mewarisi rumah yang diberikan oleh Allahyarham bapa saya yang dibeli 40 tahun yang lalu.

“Syukur Alhamdulillah, hari ini saya menerima geran kediaman hak milik kekal daripada YAB Menteri Besar (MB).

“MB prihatin dan dengar permintaan (penukaran status pajakan kepada hak milik kekal) kami,” ujar beliau.

Intanwati berkata demikian kepada Negeri Kita di Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Pajakan (Leasehold) kepada Hak Milik Kekal (Freehold) di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

Aminuddin menyerahkan geran kediaman hak milik kekal kepada Tham (dua kiri)

Tham Kwai Yeng, 56, dari Taman Patin Indah Mambau menyatakan perasaan gembira setelah permohonan penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan (leasehold) kepada selama-lamanya (freehold) diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Selepas tukar Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2018, kita dapat geran freehold (hakmilik kekal).

“Saya sangat gembira dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan MB Negeri Sembilan,” katanya.

Supermaniyam (dua kiri) turut menerima geran kediaman hak milik kekal daripada Aminuddin

Negeri Sembilan beri satu pilihan terbaik kepada rakyat

Supermaniyam Andy, 51, dari Taman Anggerik Pajam berkata, beliau sangat gembira dan lega setelah menerima geran hak milik selama-lamanya daripada Aminuddin.

“Saya lega kerana proses penukaran status geran hak milik kediaman ini selesai sementara saya masih ada (hidup).

“Selepas ini hak anak-anak juga terjamin dengan pemilikan geran hak milik kekal

“Kerajaan Negeri Sembilan memberikan satu pilihan yang terbaik kepada rakyat,” jelas Supermaniyam.

Seramai 12 pemilik kediaman dari Daerah Seremban menerima geran hak milik kekal daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dalam majlis tersebut.

Dasar penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya (Leasehold to Freehold) bagi tanah-tanah berstatus kediaman adalah merupakan salah satu tawaran manifesto Kerajaan Negeri Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (2018) yang telah dilaksanakan pada tahun 2020.

Show More

Related Articles

Back to top button