Berita
Saiful santuni penduduk DUN Sungai Lui


SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah menyantuni beberapa keluarga kurang kemampuan di Kampung Sungai Sampo, Felda Lui Selatan 2 dan Felda Lui Timur.
Saiful berkata, terdapat keluarga yang kehilangan ahli keluarganya dan ada juga yang kurang sihat.
“Saya turut memberikan sumbangan pek makanan kepada mereka bagi mengurangkan beban mereka.
“Terima kasih kepada MPKK yang menyampaikan maklumat kepada mereka.
“Teruskan usaha untuk berbakti kepada semua golongan yang memerlukan,” kata Saiful.