Aktiviti
Saiful santuni penduduk Lui Timur


SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah menyantuni beberapa orang penduduk Lui Timur.
Saiful berkata, beliau mendapat maklumat daripada Pengerusi MPKK Lui Timur, Encik Jamal mengenai masalah kesihatan yang dihadapi oleh beberapa orang penduduk Lui Timur.
“Disebabkan itu, saya telah meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan barangan keperluan kesihatan mereka.
“Ada yang memerlukan susu khas, ada juga yang memerlukan alat bantu rawatan seperti stoma bag.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh mereka.
“Marilah kita doakan semoga kesihatan mereka menjadi lebih baik pada masa hadapan,” kata Saiful.