Menarik
Saiful santuni penduduk Sungai Lui


SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah menyantuni waris kematian ahli keluarga dan pesakit kronik.
“Saya telah memberi sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur kepada penerima bagi meringankan beban yang ditanggung.
“Semoga mereka tabah menghadapi ujian kehidupan ini,” kata Saiful.
Saiful juga merakamkan penghargaan kepada Pengerusi MPKK yang sentiasa menyampaikan maklumat dan mengambil berat tentang permasalahan masyarakat setempat.