Berita
Saiful santuni pesakit darah tinggi


SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman telah menyantuni Encik Norzinan yang mengidap penyakit darah tinggi.
Saiful berkata, beliau dimaklumkan oleh pegawainya bahawa Encik Norzinan terkena serangan darah tinggi sehingga mengakibatkan oksigen tidak sampai ke otak tempoh hari.
“Saya turut memberikan sumbangan barangan asas kepada beliau bagi meringankan beban beliau.
“Saya berdoa agar beliau diberikan kesihatan yang baik,” kata Saiful.