Menarik

Saiful serah sumbangan Ramadhan kepada 49 keluarga

SUNGAI LUI: Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman memberi sumbangan Set Ramadhan yang berisi barangan dapur seperti beras, tepung dan gula kepada 49 keluarga kurang kemampuan di Kampung Sungai Sampo.

Saiful berkata, sumbangan ini dapat membantu sedikit sebanyak bagi meringankan beban mereka.

“Seramai 12 AJK MPKK, 12 AJK Surau Sungai Sampo serta 25 individu yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan anak yatim menerima sumbangan ini,” kata Saiful.

Saiful turut menghulurkan sumbangan kewangan kepada Pengerusi Surau Sungai Sampo.

“Diharapkan sumbangan ini dapat digunakan untuk aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan ini,” ujar beliau

Show More

Related Articles

Back to top button