Berita

Saiful sumbang katil mudah alih kepada pesakit strok

SUNGAI LUI: Seorang pesakit strok, Encik Nordin Abdul Kadir, 82, menerima katil mudah alih dari Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman.

Saiful Bahri berkata, Nordin yang tinggal di Taman Air Hitam di sini, telah mengalami serangan strok baru-baru ini dan menyebabkan beliau sukar untuk berjalan atau bergerak.

“Saya berharap sumbangan katil mudah alih ini dapat memudahkan keluarganya menguruskan rutin beliau.

“Saya juga berharap Encik Nordin dan keluarganya terus bersabar dan kuat menghadapi ujian ini,” kata Saiful Bahri.

Show More

Related Articles

Back to top button