Aktiviti

Saiful sumbang pam air kepada usahawan muda ternak ikan

SUNGAI LUI: Seorang usahawan muda Encik Zamri Jaafar yang menjalankan perniagaan menternak ikan air tawar di rumah beliau telah menerima sumbangan pam air dari Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman.

Saiful Bahri berkata, dalam lawatan beliau ke projek ternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh Zamri di Felda Lui Selatan 1 baru-baru ini; Zamri memaklumkan menghadapi masalah bekalan air untuk tujuan tersebut.

“Zamri memohon sebuah pam air untuk menyedut air dari paya dan disalurkan ke dalam kolam ikan air tawarnya.

“Sehubungan dengan itu saya telah menyampaikan sumbangan pam air kepada Zamri.

“Diharapkan sumbangan ini membantu beliau dalam usaha memajukan lagi ternakan beliau,” kata beliau.

Zamri menyatakan rasa sukacitanya di atas sumbangan pam air ini dan mengucapkan terima kasih kepada Saiful Bahri di atas keprihatinan beliau membantu golongan belia Generasi Kedua Felda

Show More

Related Articles

Back to top button