Berita

SAINS perkenal skim ansuran komputer riba tanpa faedah

SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah memperkenalkan skim ansuran komputer riba tanpa faedah bagi kakitangannya sejak Ogos lalu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembelian komputer riba tersebut adalah inisiatif pihak SAINS bagi membantu sesetengah kakitangannya yang menghadapi kesukaran dalam menyediakan peranti untuk pembelajaran anak-anak mereka.

“Langkah ini diambil bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat kelengkapan yang mencukupi bagi meneruskan pembelajaran dengan lancar dan sempurna.

“Jumlah maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM2,000 dan sebanyak 15 permohonan telah diluluskan oleh SAINS.

“Semoga usaha ini dapat membantu anak-anak kakitangan SAINS,” kata Aminuddin yang juga Pengerusi SAINS.

Aminuddin berkata demikian di Program Penyampaian ‘Laptop’ Kepada Kakitangan SAINS di Ibu Pejabat SAINS di Seremban 2.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button