Berita

Sambutan Hari Kebangsaan: 300 bendera diedar di DUN Pertang

Program dengan kerjasama PDRM dan MPKK DUN Pertang

PERTANG: Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Penyelaras DUN Pertang, Tuan Yus Mazmi Ahmad Yusof dan MPKK DUN Pertang telah mengedar 300 helai Jalur gemilang kepada orang ramai.

Program Edaran Jalur Gemilang Anjuran Pejabat Penyelaras DUN Pertang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah berlangsung di hadapan Balai Polis Simpang Pertang dan Balai Polis Pertang.

“Program hari ini adalah salah satu kempen sempena menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini dan selaras dengan hasrat Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun agar semua rakyat di Negeri Sembilan mengibarkan Jalur Gemilang bagi melahirkan rasa cinta kepada negara,” kata Yus Mazmi.

Turut bersama dalam program ini Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin; Ketua Balai Polis Simpang Pertang, SM Yunos Bidin; Ketua Balai Polis Balai Pertang, SM Osman Awang Ahmad dan beberapa anggota dari Balai Simpang Pertang dan Pertang.

Foto: Suehaila

Show More

Related Articles

Back to top button