Berita

Sambutan Hari Kebangsaan Negeri Sembilan diadakan secara tertutup

SEREMBAN: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2021 diadakan secara tertutup di Wisma Negeri pagi ini, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, berangkat mencemar duli pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Dato’ Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Dato’ Shahbandar Sungai Ujong serta pegawai kerajaan.

Majlis bermula 8.35 pagi membabitkan acara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu Negaraku oleh pancaragam Pusat Kor Armor Diraja (PPKAD).

Turut diadakan bacaan ikrar Rukun Negara diketuai Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun manakala doa dibacakan Mufti Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Yusof Ahmad.

Aminuddin berkata, majlis pada hari ini diadakan secara tertutup dan ringkas, dengan jemputan terhad kepada 60 orang sahaja bagi mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.

Show More

Related Articles

Back to top button