Berita

Sambutan Hari Kemerdekaan DUN Palong berlangsung ringkas

PALONG: Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Peringkat DUN Palong diadakan secara ringkas bagi mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara.

Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham berkata, acara dimulakan jam 8.30 pagi dengan menyanyikan lagu Negaraku dan menaikkan Jalur Gemilang.

“Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada petugas Klinik Kesihatan DUN Palong, Rela DUN Palong, Masjid DUN Palong dan Pondok Polis DUN Palong.

“Aktiviti kesukanan juga diadakan iaitu pertandingan sepak takraw, ping pong dan nyanyian bertemakan kemerdekaan.

“Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan Sambutan Kemerdekaan Peringkat DUN Palong.

Show More

Related Articles

Back to top button