Aktiviti

Sambutan Hari Malaysia Pasir Besar meriah

Lebih 180 penduduk tempatan hadir

GEMAS: Sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Zon Pasir Besar yang diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Pasir Besar anjuran Pejabat Penyelaras DUN Gemas dengan kerjasama MPKK Felda Pasir Besar mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk tempatan.

Menurut Penyelaras DUN Gemas, Puan Rusnani Saring, antara pengisian program adalah konvoi bermotor, AeroJamming, pertandingan gubahan batik, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dan dewasa dan pertandingan hiasan basikal.

“Lebih 180 orang menghadiri program ini dan ianya menunjukkan bahawa program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat.

“Walaupun negara dan dunia masih lagi berada dalam keadaan pandemik covid-19, namun penganjuran sambutan ini tetap mengikut SOP yang ditetapkan.

“Syabas dan tahniah kepada semua di atas kejayaan penganjuran program kali ini.

“Semoga rakyat Malaysia khususnya di DUN Gemas akan kekal menghayati konsep perpaduan dan jati diri bangsa Malaysia,” kata Rusnani.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Pasir Besar, Encik Mohammad Din Karim; Pengerusi MPKK Kampung Felda Jelai 3, Encik Shaarani Abd Rashid; Pengerusi MPKK Felda Jelai 2, Encik Pakrurezi dan Pengerusi MPKK Kampung Gemas Indah, Encik Mohd Rawi Majid.

Show More

Related Articles

Back to top button