Aktiviti

‘Santuni Sri Menanti’ eratkan hubungan Penyelaras DUN dengan penduduk

Lapan keluarga menerima sumbangan kewangan dari Shahran

SRI MENANTI: Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat sentiasa menganjurkan pelbagai program dan aktiviti untuk penduduk di DUN Sri Menanti. Ini termasuk program dan aktiviti berkaitan kemasyarakatan, agama, pendidikan dan kebajikan.

Baru-baru ini Pejabat Penyelaras DUN Sri Menanti telah mengadakan program ‘Santuni Sri Menanti’ di Kampung Tengah dan Kampung Tengah Ulu.

Sebanyak lapan buah keluarga diziarahi oleh Shahran bersama Wanita KeADILan DUN Seri Menanti.

Lapan keluarga ini yang terdiri dari golongan OKU, pesakit kronik dan warga emas yang uzur menerima sumbangan berbentuk kewangan, lampin pakai buang dan susu khasiat khas dari Shahran.

“Banyak perkara yang kita tidak jangka, kehidupan orang pelbagai cara. Kita sebagai manusia reda ketentuan-Nya. Kedatangan kami bukan untuk disambut. Kedatangan kami untuk menyantuni.

“Melihat wajah mereka, terpancar kisah suka, duka dan mengharap penantian yang tidak kunjung tiba. Harapan mereka cukup sekadar ada yang datang menjenguk supaya hilang rasa duka.

“Semoga akan ada sinar. Alhamdulillah, kuatkanlah hati kami untuk terus menyantuni. Semoga Allah permudahkan segalanya,” kata Shahran.

Turut hadir bersama Pengerusi MPKK Kampung Tengah, Encik Baharudin; Pengerusi MPKK Kampung Tengah Ulu, Encik Hasmeon; Pengerusi MPKK Kuala Parit, Tok Ali Mat; Pengerusi MPKK Kampung Bukit Perah, Encik Mohd Nor Udin; Ketua Gerak Gempur KeADILan DUN Seri Menanti, Saudara Azman Abd Malik Chiew dan Pegawai Media Pejabat Penyelaras DUN Seri Menanti, Puan Norliza Mohamed Thani.

Foto: Norliza Mohamed Thani

Show More

Related Articles

Back to top button