BeritaMenarikProgram

Laluan pejalan kaki berbumbung hubungkan Residensi Seremban Sentral-Stesen Keretapi Seremban

SEREMBAN: Sebuah laluan pejalan kaki berbumbung akan dibina menghubungkan Residensi Seremban Sentral dan Stesen Keretapi Seremban yang baharu nanti.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar berkata, ini akan memudahkan dan menggalakkan penduduk Residensi Seremban Sentral pergi ke Stesen Keretapi Seremban dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Arul Kumar berkata demikian di sesi dialog bersama penduduk Residensi Seremban Sentral untuk mendengar beberapa masalah dan isu daripada penduduk setempat.

“Projek ini mempunyai sejumlah 1,504 unit dan sehingga sekarang 902 unit atau 60 peratus telah dijual.

“Sehingga sekarang lebih kurang 250 unit rumah telah mula diduduki.

“Saya juga mendengar beberapa isu pengurusan di sini dan telah meminta pihak pengurusan untuk mengambil tindakan segera,”: kata Arul Kumar.

Turut bersama dalam sesi dialog ini ialah ADUN Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon serta pegawai PRIMA dan Unit Perumahan SUK Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button