Berita

Saringan massa satu juta orang sehari, bendung Covid-19

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin mencadangkan Kerajaan Persekutuan melaksanakan saringan massa Covid-19 (mass screening) di seluruh negara.

Cha berkata, saringan secara besar-besaran serentak di semua negeri perlu, bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

“Mengikut data Kementerian Kesihatan, secara purata daripada 150,000 orang yang disaring setiap hari, 13 peratus dikenalpasti positf Covid-19.

“Purata kes harian Covid-19 dicatatkan 20,000 kes dan ini bukan perkembangan yang positif.

“Sekiranya dalam sehari sejuta orang disaring, dalam 10 hari seramai 10 juta individu dapat disaring yang bersamaan dengan satu pertiga penduduk Malaysia,” ujar Cha.

Kes Covid-19 akan menurun selepas 10 hari

Menurut Cha lagi, kes positif Covid-19 akan melonjak untuk 10 hari pertama dan individu yang positif Covid-19 akan dikuarantin.

“Tetapi selepas 10 hari, kes positif Covid-19 akan menurun secara drastik.

“Ini ialah kerana ketika ini mereka yang positif Covid-19, tidak sedar yang diri mereka positif Covid-19.

“Tanpa disedari mereka menyebarkan penyakit ini kepada orang lain dan ini punca utama Covid-19 masih tidak dapat dibendung,” jelas Cha lagi.

Cha berkata, untuk menjayakan saringan massa Covid-19, Kementerian Kesihatan perlu menerajui program ini dan dibantu oleh semua kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen dan ADUN, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PDRM, RELA dan APM.

“Cadangan sasaran 10 juta rakyat disaring setiap hari termasuklah kanak-kanak, pekerja warga asing dan mereka yang berpenyakit (risiko tinggi),” kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button