Berita

Sawah terbiar: MPKK Kampung Gedang tanam serai

SRI MENANTI: Inisiatif dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gedang mengusahakan tanah sawah yang terbiar telah menarik perhatian Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Justeru, Shahran telah mengadakan satu lawatan ke kawasan untuk meninjau cadangan penanaman serai oleh komuniti biro-biro MPKK Kampung Gedang.

“Ini merupakan satu usaha yang amat baik di mana ia boleh meningkatkan ekonomi MPKK itu sendiri.

“Kerja-kerja pembersihan telah pun dimulakan dan tahniah kepada MPKK Kampung Gedang di atas usaha ini.

“Semoga projek penanaman serai ini berjaya dan dipermudahkan. Insyah Allah,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button