Berita

Negeri Sembilan bakal anjur Adat Fest promosi Adat Perpatih

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bakal menganjurkan Adat Fest bagi mempromosi keunikan sistem Adat Perpatih kepada generasi baharu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Seperti penganjuran NS Fest, kita akan anjurkan Adat Fest dengan menampilkan keunikan sistem adat di setiap daerah seperti Rembau, Johol dan Jelebu.

“Selain itu kita juga akan mempromosi makanan dan permainan tradisi dari setiap daerah di Negeri Sembilan dalam Adat Fest,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37 Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Wisma Negeri.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button