BeritaMenarik

Notis Penutupan Jalan di N9 Sungei Ujong Walk

SEREMBAN: Sempena sesi rakaman program Tahun Baru Cina ‘CNY Fun Together’ oleh 8TV yang akan diadakan di N9 Sungei Ujong Walk, Seremban pada 16hb Disember 2023 (Sabtu) nanti, beberapa jalan utama di kedua-dua belah pintu masuk dan keluar bersebelahan pentas N9 Sungei Ujong Walk akan ditutup pada hari program berlangsung.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, Ahli Jawatankuasa Kelab Persiaran Sungei Ujong Seremban ingin memaklumkan kepada pengguna jalan raya terutama semua peniaga dan pemilik kedai berdekatan bahawa kami akan melakukan penutupan jalan bermula jam 11:00 malam pada 15/12/2023 (Jumaat) hingga 16/12/2023 (Sabtu).

“Penutupan jalan tersebut adalah bagi kerja-kerja susun atur di tapak program termasuk gerai-gerai permainan, gerai-gerai makanan dan minuman serta gerai-gerai jualan.

“Selain itu, kami juga ingin menjemput penyertaan orang ramai ke program ‘CNY Fun Together’ yang dijadual bermula pada jam 5.30 petang hingga 10.00 malam pada Sabtu ini.

“Diharap dengan kehadiran anak-anak Negeri Sembilan ke program ini, dapat memeriahkan lagi program dan mempromosikan kebudayaan kaum Cina kepada rakan-rakan daripada kaum yang lain,” kata Nicole Tan yang juga ADUN Bukit Kepayang.

Show More

Related Articles

Back to top button